JUN 2023

Kuching, Kota Samarahan Disepadu Menjelang 2030


KUCHING, Sabtu: Langkah-langkah sedang dirancang oleh Kerajaan untuk menyepadukan pembangunan kawasan Kuching dan Kota Samarahan menjelang tahun 2030, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Openg

Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ia merupakan gerak langkah pertama kerajaan untuk menjadikan Jalan Wan Alwi sebagai pusat penghubung di antara Kuching dan Kota Samarahan, kata beliau. 

“Kita hendak melihat pembangunan di mana kawasan ini turut dibangunkan lebih banyak pembangunan dan perumahan pada masa akan datang, dan ia mungkin akan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

“Oleh itu, kawasan ini juga kita akan hubungkan dengan Transit Aliran Autonomi (ART) supaya masyarakat boleh menggunakan kaedah yang kedua melalui pengangkutan awam untuk ke kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Imperial SOHO VIVACITY di sini pada Sabtu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menambah, kawasan Jalan Wan Alwi turut akan dijadikan satu kawasan satelit kepada pembangunan dan dijadikan sebagai ‘Special Development Area’.

“Dari sini, akan dibangunkan kawasan perumahan yang menjurus ke Kuching Bypass dan Institut Jantung di samping pembinaan jalan baru daripada Hospital Jantung ke Bako dan Pending ke Sejingkat, bermakna kita sudah ada pecahan trafik kita.

Turut hadir adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar,Datu Zaidi Mahdi,Pengarah Jabatan Tanah Dan Survey,Datu Abdullah Zulaihi,Pengarah Coramax Sdn Bhd, Alan Sim dan Pengarah Urusan Coramax Sdn Bhd,Sim Yaw Hang.

Sumber dari : Sarawakku